TAK ISI PADU PUN DATA TETAP MASUK.

 

Najib Bakar


Baki rakyat Malaysia yang tidak mengemas kini akan tetap dimasukkan ke dalam sistem PADU mengikut maklumat yang telah pun ada dengan kerajaan sebelum ini.


Maksudnya apa?


Data dari lebih 300 database seluruh agensi memang dah ada, kalau hampa tak daftar pun, maklumat hampa akan tetap masuk ke dalam PADU.


Habis tu, pasaipa nak kena daftar dan kemas kini sebelum ni?


Sebab, data dalam 300 database tu mungkin ada yang tidak up-to-date dengan maklumat semasa.


Sebab tu kerajaan bagi tempoh 3 bulan tu untuk BAGI PELUANG rakyat kemas kini SENDIRI maklumat terkini.


Contoh, dalam data kerajaan, mungkin Abdol berada dalam kumpulan T20 yang tak layak dapat apa-apa bantuan sebelum ni.


Tapi sebenarnya Abdol baru saja masuk dalam kumpulan B40 bulan lepas sebab bisnes tutup, yang melayakkan dia dapat subsidi bersasar.


Kalau tak kemas kini sendiri maklumat dalam PADU, takutnya Abdol tercicir dari subsidi bersasar.


Paham dah kan sebab apa kerajaan push untuk daftar dan kemas kini PADU?


Pendaftaran PADU satu hari semalam, rekod 943k orang.


Memang stail macam buat assignment last minute. 😂


Punya la ramai semalam sampai 4 kali infra PADU ditingkatkan untuk tampung jumlah pengguna yang sangat tinggi.


Jumlah akhir di hujung tempoh pendaftaran, 11.55 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas mendaftar dan mengemas kini.


Lepas ni, data yang dikemas kini akan dinilai, diperhalusi, supaya pemberian subsidi bersasar itu nanti betul-betul sampai kepada mereka yang layak.



No comments: