Abu Mishkat
Walaupun seseorang itu gelarannya ulama besar, dia tidak terlepas daripada zillat (kegelinciran).
Perbuatan salah tetap salah tak kira siapa yang melakukannya. Tiada manusia yang maksum walau betapa ramai pengikutnya.
Di antara ulama terkemuka yang mengharamkan gelaran kafir kepada orang bukan Islam warganegara ialah Ibn Nujaym al-Hanafi (926 - 969H /1520 - 1563M) dalam kitab al-Ashbah wa al-Nazoir dan Ibn 'Abidin (1784 - 1836M, juga ulama besar mazhab Hanafi) dalam kitab al-Durr Al-Mukhtar.
Selepas mereka, ulama terkemuka membuat fatwa yang sama ialah Syeikh Rasyid Ridha (1865 - 1935M) dalam Tafsir al-Manar.
Selepas itu ulama yang dikenali seluruh dunia kerana kealiman dan ketegasannya ialah almarhum Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi (9 September 1926 - 22 September 2022) dalam kitabnya Khitobuna al-Islami fi 'Asr al-'Awlamah.
Terkini, para ulama yang hebat-hebat dalam Nahdhatul Ulama Indonesia juga melarang umat Islam menggelar atau memanggil warganegara non muslim dengan panggilan kafir.
Abu Mishkat
Pendapat ulama yang terpencil tidak diambil kira, apatah lagi hujahnya hanya sekadar lawak bodoh yang mempermainkan ayat suci al-Quran.
Zillat itu tidak harus diikuti kerana adalah perbuatan fasiq dan berdosa. Adab perbezaan pendapat dalam Islam ialah dengan masing-masing membawa hujah, bukan lawak ayat al-Quran untuk mencetuskan hilai ketawa.
"... Ucapkanlah (hai Muhammad), adakah dengan Allah, ayatNya dan rasulNya kamu mahu memperolok? " (surah al-Tawbah: 65)
https://www.facebook.com/share/p/YNJ2dtzjfk4PXWmk/?mibextid=oFDknk
*Link di atas mengandungi klip Ustaz Abdul Somad mengubah ayat pertama surah al-Kafirun dengan membaca: "Qul yaa ayyuhal non muslim"