BILA BERADA DI NEGERI YANG TIDAK ADA BANGSA LAIN. PENDUDUKNYA JADI PELIK.


 KAU NI KAFIR KE?


Rainz Firdaus. 

Masih segar dalam ingatan aku sampai hari ini bila pernah diajukan soalan begitu tidak lama dulu. Peristiwa ni berlaku sewaktu aku bersekolah di sebuah sekolah di pantai timur sekitar tahun 2001.


Aku bagi isi pengenalan dulu..

Disebabkan aku baru berpindah sekolah. Maka, persekitaran teramatlah baru buat aku masa tu. Yelah, aku dari Sarawak dan lingkungan rakan-rakan aku pun ramai yang bukan dikalangan Melayu. Aku banyak kawan dengan kawan Iban,Bidayuh,Kenyah dan sebagainya. Bila aku berpindah ke tempat baru, persekitarannya jadi 360 darjah bertukar. Aku kena kejutan budaya. Bahasa percakapan harian dah jadi lain. Aku sepatah haram kurang faham waktu tu...aku rasa seperti orang asing yang terpinggir kerana tak pandai bercakap bahasa mereka...


Adalah..ini baru aku nak cerita pasal KAFIR....aku ditanya secara terus di depan muka


''...namo..Mohd..Firdaus...Lll..laaw.. gapo dio namo mung ni?" Cikgu tersebut


"..Lawrancstain....Mohd Firdaus Lawrancstain.." jawap aku


Aku sampai hari ini..saat ini aku masih ingat..cikgu..kawan sekelas waktu tu tanya...


"..namo Mohd Firdaus tu molek doh depe..yg belakey tu..serupo namo orang kapir..mung ni KAFIR ke, dauh? Ujar salah seorang rakan sekelas aku waktu tu sambil diiringi hilai ketawa rakan yang lain


"..Saya Islam, Cikgu..keluarga sy masuk Islam dah lama..yg nama tu nama asal sy..tpi sy memang Islam.." ujarku lagi


"..namo ado mix dengan namo kapir gini..buke Isley lagu nih..namo org isley bukey gini...biar betul awok ni, Firdaus..?"


Sejak hari itu..aku tak tahu apa salah dengan nama aku sampai kena perli berminggu-minggu jugak la..berlarutan lama nak berbulan-bulan..rakan sekelas yang lain panggil aku KAFIR..Dauh kapir..Dauh Kapir..ada yg panggil Watson Nyambek...sebab nama aku lain dan nama tidak islamik..aku boleh dapat title KAFIR waktu tu....ya..sampai hari ni aku ingat..


Aku sampai tahap kemurungan dan tertekan bila nak ke sekolah..sampai aku minta bapak aku buang nama Lawrancstain tu kat IC aku...bayangkanlah aku punya perasaan waktu tu...


Aku cuma berharap tiada lagilah manusia yang rasa diri terpaling Islam..terpaling beriman ada mentaliti dan pemikiran sempit dan tak celik begitu di masa kini...sebab..kalau masih ada ramai orang Islam yang berfikiran cetek dan dangkal begini wujud, maka bertambah ramai lagi orang akan pandang serong kat Islam....


Last aku tanya...KAU NI KAFIR KE??


Aku tidak sesekali menidakkan perkataan KAFIR..tapi aku memangkah dan mengeji orang yang sewenang-wenang guna(MENUNGGANG) perkataan KAFIR itu untuk tunjuk diri dia terpaling BERIMAN..BERAGAMA DAN TERPALING ISLAM...


Dan...Ya!! Memang sampai hari ini aku rasa tersakiti..aku teringin sangat nak jumpa balik muka-muka yang panggil aku KAFIR termasuklah cikgu tersebut...


Sekian-



No comments: