PMX CUBA KENDERAAN HIDROGEN


 Hari ini saya berpeluang menyaksikan demonstrasi pengisian semula hidrogen ke kenderaan berkuasa hidrogen.





Usai, saya menaiki kenderaan yang menggunakan sel bahan api hidrogen itu dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke bangunan Perdana Putra seraya diapit Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.


Menariknya, kenderaan berkuasa hidrogen itu lebih senyap berbanding kenderaan menggunakan bahan api petrol.


Saya percaya, di masa hadapan nanti, ekosistem bahan api hidrogen dalam negara pasti dapat berkembang dengan lebih pesat dan maju disertai dengan kajian serta penyelidikan menyeluruh hatta teknologi ini mampu bersaing di pasaran terbuka sebagai alternatif untuk dinikmati para pengguna.


#MalaysiaMADANI



No comments: