Nasib Anwar Ibrahim apabila dia jadi PM, beliau diserang dan dikecam oleh segenap
penjuru dari berbagai golongan, dari makcik penjual sayur, driver lori, apa lagi oleh para haiwan peliharaan pembangkang.
Itu masih boleh dianggap tak apa lagi, tetapi bila bekas seorang Hakim juga turut mengusik Anwar dengan gesa agar kerajaan memohon maaf kepada mangsa operası lalang yang berlaku tahun 1980 an dahulu dikira sudah melampau.
Hari ini juber Kabinet Fahmi Fadzil jelaskan kabinet tidak bincang gesaan bekas hakim berkenaan. Tepat sekali kalau kabinet memekakan telinga dari mendengar gesaan bertujuan hendak menganggu kerajaan Madani itu kerana penangkapan itu berlaku dizaman bukan Anwar jadi PM, jadi dimana munasabahnya kalau kerajaan dibawah pimpinnya hendak minta maaf kepada mangsa operası lalang itu. Kenapa minta Anwar bertanggungjawab. Orang lain berak kenapa suruh Anwar basuh.
Soalan mudah kenapa bekas hakim itu teralpa dan lupa hendak membuat desakan ketika orang mengarahkan tangkapan itu jadi perdana menteri kali kedua lalu. Apa ketika itu mata bekas hakim itu rabun? Trims.