PASPORT


Adrian Lim Chee An




Satu-satunya syarat memohon pasport Malaysia adalah membuktikan diri seorang warganegara Malaysia.


Sebab itu antara dokumen yg diperlukan semasa memohon pasport adalah membawa kad pengenalan. Kad pengenalan itu adalah bukti kamu seorang warganegara.


Sama ada kamu fasih berbahasa Melayu atau tidak, sama ada kamu walaun atau walanon, sama ada kamu kaya atau miskin, sama ada kamu tinggi atau pendek, sama ada kamu gemuk atau kurus, itu semuanya “immaterial”. Semua itu bukan syarat kelayakan permohonan pasport.


Semua warganegara Malaysia adalah layak memohon dan menerima pasport, kecuali jika kamu gagal membuktikan diri seorang warganegara Malaysia (contoh: tidak ada atau tidak bawa MyKad).


Malah jika kamu ada kes jenayah di mahkamah sekalipun, kamu masih layak mempunyai pasport, melainkan mahkamah tarik pasport kamu seperti yang berlaku kepada Muhyiddin dan Najib.


Dalam kes pasport ditarik, pasport itu tidak terbatal. Ia cuma “disimpan” oleh mahkamah, untuk tujuan mengelak OKT melarikan diri. Ianya akan dikembalikan pada suatu masa yang ditetapkan oleh mahkamah.


Masalah warganegara tidak fasih berbahasa Melayu masih layak menerima pasport, ini bukanlah perkara baru.


Ia berlaku sejak zaman Merdeka lagi.

Berlaku di zaman Mahathir.

Berlaku di zaman Najib.

Berlaku di zaman Mahathir 2.0.


Malah semasa Muhyiddin Yassin jadi PM dan Hamzah Zainuddin jadi Menteri Dalam Negeri, orang yang tidak fasih berbahasa Melayu pun boleh memohon pasport.


Bukan sikit, tapi ramai warganegara tidak fasih bahasa Melayu menerima pasport.


Sekiranya kefasihan berbahasa Melayu mahu dijadikan syarat permohonan pasport, perkara ini perlu dibuat melalui pembentukan Akta-akta baharu atau pindaan kepada Akta-akta sedia ada.


Namun, pindaan sebegitu tidak pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan terdahulu.


Nota: Saya sokong semua warganegara Malaysia wajib fasih berbahasa Melayu. Pada masa yang sama sokong juga kenyataan KP Imigresen kerana kedudukan undang-undang sedia ada sememangnya TIDAK BOLEH menafikan seseorang memohon pasport atas dasar “tidak fasih berbahasa Melayu”.



No comments: