YB.. JANGAN JADI TOLOL..

 Kenyataan Media



Penipuan Ahli Parlimen Kuala Krau


Saya memandang serius terhadap ucapan YB Ustaz Kamal Ashasri Ahli Parlimen Kuala Krau berkaitan penukaran kerajaan Persekutuan boleh berlaku jika PN memenangi PRK Kuala Kubu Bharu.


2. Kenyataan ini adalah sangat dangkal dan tidak menunjukkan kematangan dan Intelektual YB sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat. Cukuplah dengan kisah lampau ala mestika mayat bertukar menjadi 8a8i.


3. Kenyataan YB juga dilihat sebagai usaha menimbulkan keresahan rakyat, dimana para penyokong PN selepas ini akan mengulang-ulang pertukaran kerajaan walaupun ianya tidak logik. Cukuplah mereka telah ditipu berkali-kali.


4. Kenyataan ini juga menyebabkan fokus penjawat awam terjejas kerana kuartir berlaku pertukaran pra matang seperti mana tindakan songsang yang berlaku pada tahun 2020 akibat rasuah "scheme of things". Cukup-cukup lah tebuk atap.


5. Kenyataan YB juga seolah-olah mencabar titah Tuanku Sultan Ibrahim semasa pembukaan Parlimen, dimana Tuanku bertitah agar :


“Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk.


“Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,”


6. Ucapan YB juga dilihat sebagai satu sabotaj kepada usaha-usaha memajukan enonomi negara, dimana para pelabur berasa gusar dengan pertukaran kerajaan yang mungkin menyebabkan pertukaran polisi. Cukup-cukup lah sengsara zaman 33 bulan.


7. Saya menyeru untuk YB menghentikan tindakan pembodohan ini serta merta. Menang atau kalah adalah pilihan rakyat, namun membodohkan rakyat, sabotaj ekonomi dan melanggar titah YDPA seperti ini adalah tidak boleh diterima.


Terima kasih,


Malaysia Madani


Muhammad Fairul al-Qasas

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau



No comments: