TAZKIRAH. MALAM


JAMZURI ARDANI


 "Apa susah, bawa ler bekal ke sekolah ... sebulan je pun"


So simple minded! 


Mereka ini tidak tahu ada single parent yang hanya sempat masak untuk anak-anak hujung minggu sahaja. Saya kenal beberapa orang yang seperti ini dan saya percaya bilangan mereka agak ramai. 


Tak semua orang ada kehidupan yang sama macam kita.  Empati lah sikit. 


Nak sediakan makanan dari rumah untuk bekal anak ke sekolah semata-mata kerana kantin sekolah tutup sebab orang yang berpuasa mahu dihormati oleh orang yang tak puasa????  


Padahal buka kantin sekolah untuk kemudahan orang yang tidak berpuasa bukan berdosa pun ... buat apa nak susahkan orang lain. 


"Eh kawan saya Cina dia boleh didik anak dia hormat orang puasa. Apa masalah?"


Kerajaan buat polisi bukan boleh ikut selera dan pilihan dua tiga kerat kawan awak tu.  Kita ambil kira keperluan yang menyeluruh ... setiap orang ada kekangan yang berbeza. Jangan paksa orang lain ikut cara hidup kita. Adakah kita suka orang lain paksa kita ikut cara hidup mereka? Islam ajar, jangan buat sesuatu kepada orang lain yang kita tidak suka orang lain lakukan ke atas kita. 


Sekian tazkirah larut malam ...



No comments: