Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, pembasmian kemiskinan tegar bukanlah bermaksud kemiskinan dihapuskan sepenuhnya di negara ini.
Bagi kerajaan, katanya, “penoktahan” kemiskinan bermakna mengeluarkan sejumlah keluarga miskin tegar yang dilaporkan setiap tahun daripada keadaan kemiskinan mereka.
Rafizi menjawab soalan tambahan Ismail Muttalib (PN-Maran) mengenai sama ada janji Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membasmi kemiskinan tegar adalah sekadar “gula-gula” untuk menaikkan semangat masyarakat.