INI ISU... LEBIH BAIK..

 


Khairuddin Abd Malik


Daripada kecoh isu yang 'non issue'...buka kantin semasa Ramadan. Jom kita share isu2 yang boleh membawa rasa kebersamaan dan saling berbaik-hormat.


Uncle Lim ni pelanggan klinik aku di Ampang Ipoh.


Specialnya dia ni : 2 orang anak Melayu Muslim dia bela dengan penuh amanah. Puasa, belajar di sekolah rendah dan agama dia uruskan.


Kalau sakit dia bawa ke klinik. Nanti nak eidul fitri dia akan belikan baju Melayu pula.


Yang sangat menarik dia juga ikut 'berpuasa' dengan budak2 ni. Bangun sahur, berbuka dan pantang larang puasa semua dia jaga.


Jom kita ramai2 doakan semoga Allah berikan hidayah untuk uncle Lim. Moga2...kerana dia seorang insan yang hebat.



No comments: