SOALJAWAB LISAN PADA PETANG INI




 Untuk sesi Soal Jawab Lisan yang dijadualkan hari ini di Parlimen, 14 Mac 2024, saya dijadualkan akan menjawab 2 soalan daripada Ahli Parlimen Semporna & Kulim Bandar Baharu


YB Semporna meminta saya menyatakan :-


(a) jumlah keseluruhan miskin tegar di Malaysia dan lapan daerah di Sabah dikategorikan termiskin di Malaysia setakat Januari 2024 berbanding Januari 2023; dan

(b) inisiatif serta bantuan yang diberikan kepada mereka dan program-program ini akan dipantau sehingga golongan ini berjaya keluar daripada julat pendapatan miskin tegar.


Soalan daripada YB Kulim Bandar Baharu pula berkenaan cadangan untuk terus menjalankan tinjauan atau banci tradisional secara berkala bagi mendapatkan maklumat statistikal dalam kalangan orang awam mengambil kira kewujudan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).


Sesi ini akan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial saya dan saya dijangka menjawab sekitar jam 10 pagi. 


Saya jemput semua untuk ikuti.



No comments: