MSO
Apa yang didakwa oleh Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Naccol Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal sesuatu yang sangat mendukacitakan. Beliau mendakwa perdana menteri diberi maklumat yang tidak benar oleh Ketua Pengarah Kawalan Padi dan Beras di dalam mesyuarat mengenai bekalan beras putih ketika dalam mesyuarat.
Dalam tinjauan pasukannya, Syed Abu Hussin mendakwa bekalan beras di beberapa tempat tidak mencukupi.
Apa sudah jadi dengan kementerian satu ini, tidak habis-habis isu yang membelenggunya. Seperti isu yang membelit kementerian ini (MOA) mentradisi sejak dari dahulu.
Mengenai bekalan beras itu kata Syed Hussin sampai PM sendiri membuat teguran. Kenapa PM, dimana tugas dan peranan menterinya, Mohamad bin Sabu. Apa guna menteri kalau perdana menteri harus selesai segala masalah.
Tujuan dilantik menteri ialah untuk menyelesaikan apa-apa dibawah porfolionya. Kalau jadi menteri tetapi gagal menyelesaikan masalah samalah tarafnya dengan jadi Duta ke Arab Saudi tetapi tidak berkerja?
Apa disebut Syed Abu Hussin itu semacam menteri tidak berperanan dalam hal ini sehinggakan perdana menteri pun sampai dikelirukan oleh pengarah. Jika menteri berfungsi dan bertanggungjawab sudah pasti Ketua Pengarah atau mana-mana pihak tidak tergamak untuk menipu perdana menteri.
Sepatutnya sesuatu maklumat atau perancangan kementerian sebelum hendak dilaporkan kepada PM, menteri terlebih dahulu menyemak dan memastikan ianya lengkap dan akurat.
Apakah menteri tidak tahu bekerja? Mungkin Mohamad Sabu tidak berkebolehan dan ada pengalaman dalam bidang ini al maklumlah dia hanya stemroll dalam poltiik. Tetapi jika beliau bijak dan tahu menimba ilmu, beliau tidak ada masalah. Beliau boleh lantik mana-mana bekas pegawai kerajaan khasnya yang berkhdimat di bawah kementerian itu sebagai penasihat.
Rasanya ramai yang hendak jadi penasihat probono, kan kerajaan Madani ini dikenali dengan kerajaan menggunakan pakai penasihat probono.
Dengan cara itu sahajalah menteri dapat menghindarkan dirinya dipermainkan oleh para pegawai yang di kementeriannya. Ada beberapa kes yang diketahui, menteri secara terang-terang dinafikan oleh sesetengah pegawai. Kuasa seorang menteri digantung tak bertali oleh pegawai. Inilah yang memungkinkan sampai Ketua Pengarah Kawalan Padi dan Beras itu memberi maklumat palsu kepada perdana menteri.
Jika masalah di MOA ini tidak dapat diatasi, dicadangkan agar perdana menteri melakukan reform secara menyeluruh kementerian berkenaan. Menukar semua kakitanyan daripada pengarag, timbalan pengarah ketua pengarah bahkan termasuk KSU. Bukan setakat itu sahaja menteri juga harus ditukar ganti atau dihentikan.
Selagi keberanian begitu tidak sanggup dilakukan maka selama itu isu dan masalah mentradisi dalam kementerian itu akan tetap berlaku dan ia menjadi bahan ketawa orang ramai kerana keberadaana orang tidak berkompeten di situ. Anwar pun hanya akan jadi pemimpin yang bijak bercakap tetapi kerja tidak berkesan. Trims.