KISAH KEHIDUPAN

 

Rusyaini






Beli rumah pangsa tapi luas dah macam teres. Kondominium pun kalah sebab masih terapung. Yang ni siap atas tanah lagi. 


Untung lah kat dunia. Dekat akhirat nanti, tak tahu lah kan.


Bukan boleh ditegur mereka ni. Nanti kita dikata dengki bagai. Nasib lah saya tak duduk rumah macam ni. 


Sebab, kalau iya, memang saya akan pergi ke pihak berwajib untuk komplen. Selagi mana aduan tak dilayan, selagi tu lah saya takkan beralah. 


Tak jalan dengan surat rasmi dan lisan, saya adukan saja pada SPRM. Biar mereka siasat kenapa liat bebenar pihak berkuasa tempatan nak mengambil tindakan.


Mungkin jiran tetangga semuanya baik belaka kan. Tak kisah sangat. Tak apa lah. 


Kerana tu lah, berlambak rumah pangsa kat negara kita ni hujungnya macam ni lah. Ditambah dinding bumbung sampai dah dimakan tanah yang bukan hak sendiri pun. Tak takut dosa ke gamaknya?