𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗖𝗨𝗞𝗔𝗜 𝗕𝗜𝗟 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗥𝗜𝗞 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗬𝗔, 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗜𝗦𝗞𝗜𝗡




✍️  Ahmad Mursi 


1. 85% pengguna elektrik guna kurang RM220 (600kWh) dan TIADA SST.


2. Kalau guna 700kWj bil RM289.68. Cukai 6% baru RM3.28. Lepas 1 mac, jadi 8% naik RM4.37. Bertambah RM1.09.


3. Kita ambil contoh ekstrim. Guna di rumah 1,500kWj dengan bil RM769, tambahan sst 2% hanya RM10. Ingat orang kaya dengan bil mewah seperti itu heran ke RM10 tu? Celah gigi sahaja. Yang terlebih pakai tu memang layak lah contribute sikit.


4. Yang tukang bising (dengan bahasa yang kesat) bukan di kalangan 15% yang kaya raya tu. Tak perlu memgamuk sangat bila orang kaya contribute pada yang susah.


5. Ada yang kata "saya sakit, pakai mesin oksigen dll", dalam dunia ni tentulah banyak kes khas, tapi itu tak jadikan majoriti manusia guna mesin oksigen di rumah. Hal seperti ini mesti diberi bantuan lain.


6. Bak kata nusee mb kedah bila naikkan cukai tanah dan bil air: "kamu nak banyak kemudahan, tapi nak bayar sedikit, mana nak cari duit tampung kos mengurus tu?". Walaun tak bangkang?


7. Ada yang kata "saya duduk berdua, bil RM220 sebulan. Saya tak kaya". Belajarlah bersyukur. Kamu guna RM110 untuk seorang tapi kamu tak rasa kaya ke? Peralatan elektrik apa kamu guna di rumah?


8. Jangan ingat semua rakyat sama pakai aircond melampau2, mesin coway 24hr, penapis angin, tv besar, peti sejuk 'mega', pakai kereta elektrik. Ramai lagi yang susah.


9. Kalau tak tambah cukai orang kaya untuk tambah hasil, takkan nak cukai orang miskin pula?


10. Hasil tak bertambah, maksudnya hutang negara bertambah bila belanja negara defisit, beban anak cucu kita juga bertambah.


11. Pengguna subsidi kerajaan terbesar ialah golongan kaya raya yang pakai kereta besar beberapa buah, minyak sekali isi RM200. Orang miskin yang guna motor kapcai sekali isi minyak RM7 je. Sebab tu agihan kekayaan dan bantuan mesti disusun balik. PADU itulah permulaannya.


12. Kira guna calculator TNB disini. Jangan pakai calculator Walaun. https://www.mytnb.com.my/residential/understand-your-bill/bill-calculator



No comments: