BACA DAN KAJI

 

100% setuju 


Sebab tu aku cakap pembangkang 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗶𝗷𝗮𝗸. Macam cukai SST naik 2% dan hapus pencen tu, sepatutnya pembangkang ikut sama kerajaan beri penjelasan. Bukan politikkan itu tu.


Sebab nanti kalau ditakdirkan pembangkang ni jadi kerajaan, dah tak payah nak lalui fasa kemarahan rakyat. Belajar dari kesilapan PH dulu.


Ini pembangkang bertindak macam 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 nak jadi kerajaan. Semua benda nak dipolitikkan. Tak cerdik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

Nazri Hamdan


Tak dinafikan GST lebih cekap. Tapi jangan sesekali cakap GST akan turunkan harga barang. Atau, buat andaian GST boleh bagi kesan miminal pada harga berbanding kenaikan 2 peratus cukai perkhidmatan sekarang. 


Mereka yang banding-bandingkan kiraan GST dan SST dan cakap harga di bawah GST lebih murah sebenarnya sudah lupa bahawa Ahmad Maslan pernah menggunakan naratif yang sama. 


Antara kesilapan perlaksanaan GST pada masa itu ialah icon GST iaitu Ahmad Maslan terlalu yakin harga barang akan turun bila GST dilaksana.


Sepatutnya beliau fokus kepada naratif kecekapan GST untuk baiki kewangan kerajaan. Jadi, kalau kerajaan sekarang nak perkenal balik GST, mereka jangan buat kesilapan yang sama.


Cuba tengok dan teka dalam carta inflasi ni bila perlaksanaan GST dan cuba tengok kesan pada inflasi. Apa yang lebih penting ialah kesan dari sudut makro (secara keseluruhan) kepada paras harga barangan kesan dari GST ini.


Kesan ketara GST pada inflasi ni bukanlah andaian. Ia sudah pun berlaku dan sudah dibuktikan melalui data. Jadi tak perlu lagi nak berbalah bahawa GST memang bagi kesan ketara pada paras harga.


Akan tetapi, tak dinafikan antara kesilapan pentadbiran terdahulu ialah balik semula dari GST kepada SST. Sebab kalaulah Malaysia masih kekal dengan GST, sekarang ni sesiapa pun (tak kira parti biru ke, hijau ke, merah ke..) dah tak perlu lagi nak laksana semula GST dan dah terlepas dengan satu reform cukai yang berat.



No comments: