𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝



Bahaya fahaman Khawarij dan perbuatan takfirin sudah mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), apabila hari ini perkara itu diperjelaskan dalam khutbah Jumaat. 


Khutbah Jumaat dibaca khatib khususnya dalam Wilayah Persekutuan hari ini menekan akan bahaya fahaman Khawarij. Tajuk khutbah yang dibaca di masjid Usamah bin Zaid jumaat tadi berjudul Waspada Pemikiran Khawarij.


Lama kita menunggu akan reaksi daripada Jakim berhubung fenomena membimbangkan ini, hari ini baru menjelma. Syukur. Penjelasan mengenai perkara itu penting memandangkan ramai dalam kalangan orang Islam terutamanya menganuti parti politik tertentu mempraktikan fahaman ini sampai tergamak mengkafirkan sesama sendiri. 


Malang lagi gara-gara fahaman ini juga berlaku perpecahan dalam keluarga dan penduduk kampung yangt membawa sesuatu negeri dikuasi kumpulan ini mundur berbanding negeri lain. 


Antara lain menurut kandungan khutbah itu tadi, menjelas asal usul Khawarij dan memberi tafsirnya, Khawarij bermaksud "keluar" merujuk kepada tindakan kelompok ini yang keluar daripada ba'iah daripada pemerintah yang sah dan enggan mengikhtirafnya. 


Bagi ekstrimis ini apa juga dilaksanakan pemerintahan tidak betul dan dianggap bertentangan dengan ajaran Islam. Lantaran aksi mereka juga ia membantut usaha perpaduan dan pengimarakan Islam oleh kerajaan. 


Kelompok terawal Khawarij menurut teks khutbah tadi, ialah mereka yang bertindak secara bersenjata terhadap Saidina Ali bin Abi Talib r.a dalam perang Siffin.


Kelompok ini juga bertindak melampau dalam beberapa hal terutamanya dalam penyelewengan mentakwil al Quran, berlebih-lebihan dalam zuhud, bahkan menuduh kafir kepada kumpulan bertentangan pendapat mereka.


Tidak mustahil kalau ia dibiarkan tanpa dibendung fahaman ini juga boleh membawa pembunuhan sesama sendiri. 

Memahami penghuraian teks khutbah itu, dan kenapa ia dijadikan mauduk khutbah minggu ini menunjukkan unsur-unsur demikian berlaku dalam negara kita hari ini dan ia jelas merbahaya.


Kita berharap semoga Jakim terus memainkan peranan memerangi bahaya fahaman ini, secara khusus seperti AADK membasmi dadah, kerana fahaman Khawarij ini sudah merbahaya dan memerlukan skuad khasnya membenterasnya. 


Bukan saja Jakim, Kementerian Dalam Negeri menerusi PDRM juga perlu bertindak dan jika kumpulan atau individu menganut fahaman ini ditangkap, tangkap dan kurung saja mereka.


Mungkin apa yang pernah dilakukan Jakim suatu masa dahulu terhadap kumpulan Al Arqam, menangkap dan memusnahkan organisasi gerakan dakwah itu perlu dilakukan apa lagi fahaman Khawarij ini lebih bahaya dari Al Arqam.


Menteri Agama perlu berganding bahu dengan Menteri KDN bagi mengesankan pembasmian fahaman ini. Trims.


- MSO



No comments: