Mohd Norazlan
Peniaga sejati pasti mampu bertahan berbanding peniaga jadi-jadian pada Ramadan.
Aku kalau nak beli makanan di Bazar Ramadan sebolehnya akan beli dari peniaga yang memang berniaga setiap hari dan bukan peniaga oportunis yang muncul setahun sekali.
Menyokong peniaga sejati yang ikhlas meniaga lebih baik daripada membeli dari peniaga oportunis.
Kes-kes makanan tiada kualiti pastinya dari peniaga oportunis.Peniaga sejati pastinya akan menjaga kualiti kerana perniagaan makanan adalah dunia sehari-hari mereka mencari makan.
Dunia perniagaan makanan ini, kalau masak tidak sedap dan berkualiti jangan sesekali meniaga.Jangan menyusahkan orang lain yang terpalit nama buruk dan jangan aniaya orang dengan masakan yang ntah apa apa ntah tu.
Jangan bagi alasan barangan naik untuk menutup nafsu serakah lagi rakus untuk mengaut keuntungan tinggi.Tidak semua barang alami kenaikan harga.
Jika ikhlas dan memang semua barang naik harga seraya menyebabkan terpaksa jual mahal, adalah lebih baik jangan meniaga supaya tidak aniaya orang.Biar orang ramai terpaksa masak sendiri.