Baru sahaja buka sekolah, dah ada kes yang mengerikan.







1. Pelajar dipukul hingga mati.

2. Pelajar mati jatuh dari tingkat 3.

3. Guru wanita lakukan pengantunan (sexual grooming) kepada pelajar lelaki.


Walaupun kes diatas adalah terpencil, namun ia tetap kes yang perlu dibendung.


Semua ini memerlukan lebih perhatian oleh KPM selain masalah sedia ada seperti pelajar yang terlalu ramai, tidak cukup kelas, tidak cukup guru dan silibus yang sering menjadi perbincangan ibu bapa.


Sebagai ibu bapa kita juga wajib memantau anak-anak dan menasihati mereka agar tidak melampau dan tahu bila masa untuk mengadu dan meminta tolong.


Semoga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah swt.


Ajar juga anak-anak zikir mudah untuk diamalkan. 


1.Istighfar - astaghfirullah al azim

2. Tahlil - Lailahaillallah 

3. Tasbih - Subhanallah

4. Tahmid - Alhamdulillah 

5. Takbir - Allahuakbar dan 

6. Selawat - Allah humma solli ala Muhammad 


Amalkan minima 100x pagi dan petang.


Insya-Allah. 


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas