PMX MEMPENGERUSIKAN TAKLIMAT PEMBANGGUNAN NEGERI PAHANG.

 






Saya telah mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Pahang pada petang ini yang dihadiri oleh Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan di negeri Pahang. Turut bersama saya adalah Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian yang terlibat.

 

Pelbagai projek pembangunan dan perancangan seperti menaik taraf dan membina infrastruktur serta kemudahan rakyat telah dibentangkan dan dibincangkan merangkumi aspek pengangkutan, utiliti, perumahan, kesihatan dan pendidikan yang menjadi keutamaan di negeri Pahang pada ketika ini seperti berikut:

 

1. Menaiktaraf Jalan Pos Sinderut, Lipis 

2. Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) untuk Kg. Kuala Sat dan Kg. Pagi serta Kawasan di Mukim Hulu Tembeling, Jerantut

3. Cadangan Pembinaan Persimpangan Bertingkat Bukit Rangin, Jalan Kuantan-Chukai 

4. Menaik Taraf Lapangan Terbang Sedia Ada Pulau Tioman, Rompin dan Pemanjangan Landasan

5. ⁠Meroboh Blok Kuarters Sedia Ada dan Membina Blok Baharu Tambahan Hospital Tengku Ampuan Afzan

6. ⁠Menaiktaraf Jalan Sungai Koyan (laluan Raub ke Sg. Koyan ke Ringlet) di daerah Raub dan daerah Lipis 

7. ⁠Projek Pembinaan Kolej Komuniti Jelai, Lipis

8. Membina Baru Jalan Kuala Medang ke Tanjung Gahai  ke Bukit Kota, Lipis

9. Projek Pemajuan Kawasan Desa Bakti, Mentakab, Temerloh

10. Central Spine Road (CSR) Pakej 6: dari Karak ke Simpang Pelangai

11. Cadangan Pembinaan Persimpangan Bertingkat Sungai Lembing, Kuantan

 

Saya berharap pihak Kementerian Ekonomi, semua kementerian dan agensi yang berkaitan dengan senarai projek keutamaan negeri Pahang ini memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek ini secara berkesan. Projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Pahang yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang.


#MalaysiaMADANI




No comments: