MENCARI LABA UNTUK KEUNGUNGAN SENDIRI


 𝗛𝗶𝗱𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗻𝗰𝘂𝗻𝗴, 𝗽𝗶𝗽𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴-𝘀𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴.


Itulah peribahasa yang paling sesuai buat PAS. Baru baru ini, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata ada usaha untuk menghidupkan semula MN. Katanya ada penyokong yang 𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝗱𝘂𝗶 MN terutama selepas isu Kampung Baru Cina di Selangor.


Akan tetapi Puad Zarkashi laju menjawab yang UMNO 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗯𝘂𝗸𝘂 MN buat selamanya. UMNO tak mahu pisang berbuah dua kali. Tambah Puad lagi, UMNO lebih selesa bersama Kerajaan Perpaduan yang boleh dibawa berbincang bila ada sesuatu isu. Juga seperti isu Kampung Baru Cina di Selangor.


Betul juga cakap PAS. Masa dalam MN dulu, PAS jadi abang besar. Langsung tak mahu layan cakap UMNO yang menolak kerjasama dengan Bersatu. PAS sendiri yang mengabaikan MN demi kerana mahu bersama Perikatan Nasional.


Hari ini, melihat keadaan Bersatu yang umpama dalam wad ICU, PAS mula nak mengecek UMNO pula. Jelas PAS memang tak bermaruah dan tak tahu malu. PAS dalam berkawan, tak reti nak fikir perasaan kawannya.


PAS usah lagi bermimpi di siang hari. Hipokrasi PAS bukan lagi rahsia. Kalau tutup mata pun boleh nampak betapa hipokritnya PAS. PAS bersedia mengkhianati siapa saja. Dulu PR. Kemudian UMNO. Sekarang, bila  PN dah nazak, PAS bersedia untuk khianati Bersatu pula.


Di bawah kepimpinan Hadi, PAS akan jadi parti yang terpencil. Malah tak mustahil kalau PAS hanya tinggal nama saja menjelang PRU16 nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

No comments: