KENA PUAK SENDIRI DIAM BISU BUAT BODO- HIPOKRIT PUNYA OLANG



Mohd Muklis Mohd Syarif


Paling ajaib ialah kebisuan lebai ISMA, kalau kena pada geng "liberal" terus keluar hadis dan ayat Quran. Bila kena pada geng sendiri, terus tercekik sagon masuk gua.


Adakah ayat-ayat Allah itu hanya untuk di tujukan pada lawan tapi kebal untuk kawan?


 Samudra Champa, sebuah syarikat proksi yang dimiliki oleh 2 orang ahli tertinggi Aman Palestin yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen semalam. 


Menurut kertas dakwaan, Samudra Champa Sdn Bhd membuat keuntungan besar melalui dana yang diberikan Aman Palestin.


Syarikat itu didakwa menerima RM39 juta dari Aman Palestin untuk pembelian jongkong emas untuk badan itu, namun harga mark up yang mereka perolehi adalah RM5.75 juta hasil urusniaga itu.


Ini adalah salah kerana mereka berdua merupakan ahli pemegang amanah di dalam Aman Palestin Berhad dan dalam masa yang sama mereka adalah pengarah kepada syarikat berkenaan.


Dalam kertas pertuduhan itu, kedua-duanya didakwa telah curang memperdayakan Lembaga Pemegang Amanah Aman Palestin Berhad untuk menyerahkan wang tunai kepada mereka melalui Samudra Champa.



No comments: