C.U.K.A.I







Ramai juga yang dm saya minta ulas isu ini setelah tersebar hal kenaikan cukai dan harga barang.


Pertamanya kita wajib faham bahawa pendapatan utama negara adalah cukai. Mana-mana negara, dari mana-mana zaman sekalipun, cukai adalah elemen yang penting untuk sesebuah negara.


Hasil dari cukai bantu untuk negara bayar kos operasi seperti gaji penjawat awam yang menyediakan perkhidmatan untuk rakyat, bantuan seperti bantuan tunai dan subsidi dan kos operasi semua premis kerajaan. 


Cukai juga digunakan untuk pembangunan seperti membina sekolah, Hospital, Jalan raya dll.


Cukai ni sangat penting, sehingga kan kita ni pembayar cukai berhak persoalkan pengurusan dan ketelusan kerajaan. Diluar negara suara pembayar cukai didengari kerajaan. 


Kerajaan adalah pemegang amanah. Menguruskan cukai ini dengan tatakelola yang baik. Majaroti rakyat pilih PH(kerusi terbesar) beri peluang kerajaan Madani ini untuk uruskan cukai negara.


Sekarang kita tengok apa isu dia, kerajaan Madani  yang diketuai oleh PH tentunya menolak GST.






GST secara umumnya bagus untuk negara mendapat pendapatan yang stabil. Tapi GST ni dia kena pada semua orang. Miskin kaya semua kena. PAS menyifatkan GST adalah percukaian haram. Boleh tanya pada MP Pasir Putih.


Jadi kerajaan sekarang meneruskan sistem cukai sedia ada, wujudkan cukai beberapa baru yang bersifat spesifik dan naikkan cukai pada kadar munasabah.


Baik kita telusuri satu-satu. 


1. Cukai LVGT

 Adalah Low Value Goods Tax atau cukai barang bernilai rendah. Ia adalah merupakan cukai yang dikenakan untuk semua barang tidak termasuk rokok dan lain yang berkaitan yang dijual harga tidak melebihi RM500 dan dibawa masuk ke Malaysia melalui laluan darat, laut dan udara.


Kenapa cukai ini penting? Ini kerana trend  sekarang adalah pembelian melalui atas talian melalui platform shopee, tiktok dll.


Cukai ini penting bagi mengawal jualan potong harga dari China yang menyebabkan penjual tempatan tersepit dan kerajaan kerugian.


Setakat sekarang (cukai mula pada Januari) adakah anda terasa sangat kenaikan harga atas talian? Atau sama sahaja?


 2. CGT


Adalah Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang dijangka bermula 1 Mac 2024 dianggarkan sekitar RM800 juta setahun.


CGT hanya akan dikenakan kepada pelupus saham tidak tersenarai yang terdiri daripada syarikat, perkongsian liabiliti terhad, koperasi dan badan amanah, sama ada entiti tempatan ataupun asing yang merupakan pemegang saham di dalam sesuatu syarikat.


Kalau aok tak main saham, atau sekadar beli unit amanah, aok tak terjejas.


3. DST

Adalah Cukai alat dan perkhidmatan digital. 

Belanjawan lepas naik dari 6% ke 8%.

Maksudnya cukai ni memang dah ada. Kenaikan adalah 2% sahaja.


Sama seperti SST naik dari 6% ke 8%. Aok langgan produk digital, baru aok dikenakan cukai.


4. HVGT

Adalah Cukai barangan mewah, kenderaan mewah.

Yang terjejas kepada cukai ini ialah orang kaya yang beli barangan .


Yang tak berapa kaya tu tak yah risau. Ke nak jadi wakil suara orang kaya pulak?


Orang kaya mampu je bayar. Aok kaya, aok bayar. Aok tak kaya macam kawan, aok guna lah barang yang tak mewah.


------------------------------------------------------------------------


Seperti saya sebut diatas, tidak seperti GST, SST hanya kena kepada mereka yang membeli dan atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan itu.


Contohnya hotel, ada Sales tax dan Service tax. Pengunjung hotel sahaja yang kena.


Yang mengunjung hotel, bukan setiap minggu. Jika mereka pergi setiap minggu, maksudnya mereka mampu. Mudah.


Kesimpulan 

Cukai adalah sesuatu yang penting. Beri peluang pada kerajaan Madani untuk selesaikan isu hutang negara yang tinggi dan menyusun semula pendapatan dan perbelanjaan negara kita.


Cukai di Malaysia juga masih rendah dibandingkan dengan negara lain.


Selain itu kerajaan juga sedang dalam perancangan menaikkan gaji penjawat awam (Insya-Allah tahun ini) dan melancarkan skim gaji progresif dan bermaruah untuk swasta.


Kerajaan perlu ada kekuatan kewangan untuk melaksanakan semua ini.


Hal beras saya akan ulas minggu depan setelah PMX buat pengumuman rasmi.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka

#KPPKRKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani