SABAH HARUS MAJU MACAM SARAWAK







 Sungguh mengecewakan melihat media Parti Warisan berusaha menggagalkan usaha kerajaan negeri Sabah dalam perdagangan karbon. Berbanding dengan negeri Sarawak yang terus melangkah ke depan, memperkukuhkan sumber pendapatan negeri dengan bijak dan berkesan. 

.

Pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang bersama-sama mengutamakan kemakmuran negeri Sarawak. Berbeza dengan pendekatan parti pembangkang di Sabah yang lebih kepada "menghentam" untuk menghentikan usaha kerajaan negeri.

.

Perdagangan karbon sepatutnya menjadi salah satu punca ekonomi baru dalam mempertingkatkan ekonomi Sabah sambil menjaga kelestarian alam, malangnya terus terhambat oleh sikap negatif Parti Warisan. Ini bukan sahaja mengecewakan, tetapi juga menunjukkan kurangnya visi mereka dalam memelihara keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan perlindungan alam sekitar.

.

𝐌𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐠𝐮𝐚𝐦 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐍𝐨𝐫 𝐀𝐬𝐢𝐚𝐡, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐂𝐀 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐢𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐤𝐭𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧. 


Antaranya:

1. Harus dipersetujui oleh Peguam Besar Negeri dan ahli kabinet, semua syarat perjanjian NCA yang tidak adil dan tidak munasabah dipinda serta dihapuskan daripada perjanjian.

2. Harus mendapat kebenaran dan memperolehi kebenaran daripada semua komuniti tempatan yang akan terlibat 

3. Harus mengenal pasti kawasan yang sesuai serta boleh digunakan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/808829/perjanjian-nca-belum-dimuktamadkan-peguam-besar-sabah 

.

Sabah perlu mengambil iktibar dari Sarawak! Kita perlu bersatu, bergerak ke hadapan untuk memastikan masa depan yang lebih cerah. Jadilah pembangkang yang membina dengan memberi teguran, memberi cadangan, bukan hanya tahu "menghentam" dan menggagalkan usaha kerajaan.

.

Selain syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri Sabah di atas, mungkin parti Warisan boleh gunakan media social media mereka untuk memberi cadangan atau pandangan? atau hanya bisa membangkang?




No comments: