INGAT DUDUK JKOM SUKA SUKA KAH ? TIBAI GAJI KERJA TAK TAU BUAT. ADA LAGI PENDEDAHAN TEAM DAPAT PULUH RIBU KERJA TAK NAMPAK.

 

SUSULAN MAIN ISU ‘LANGKAH DUBAI’, PEMIMPIN UMNO GESA J-KOM SEGERA DIROMBAK.



Seorang pemimpin Umno menggesa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah Kementerian Komunikasi dirombak secara menyeluruh selepas agensi itu mendakwa wujud “Langkah Dubai”.

Minggu lalu, Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Ismail Yusop mendakwa wujud “Langkah Dubai” ketika percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menyifatkan dakwaan Ismail “cetek” dan menyebabkan kerajaan menjadi defensif susulan beberapa nama dalam kerajaan disebut-sebut terbabit dalam gerakan itu.

“Apa keperluan timbalan KP J-Kom mainkan isu Langkah Dubai? Imej J-Kom makin merudum selepas kontroversi bekas ketua pengarahnya, Agus Yusoff dan pembantu beliau, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.


“Maka, amat wajar J-Kom dirombak secara menyeluruh, ‘rebranding total’ dan dipimpin oleh mereka yang lebih kompeten,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Ismail dilaporkan mendakwa gerakan menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim di Dubai turut membabitkan tokoh politik veteran berpengaruh yang bergelar Tun menggunakan dana asing.

Pertemuan itu didakwa bertujuan membahagikan tugas kepada “ejen” untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang boleh menukar sokongan kepada pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau tahu mengenai “Langkah Dubai” sebelum individu terbabit mendarat di bandar raya itu, tetapi enggan mendedahkan nama individu berkenaan.


Kelmarin, Ahli Parlimen Lipis, Abdul Rahman Mohamad membuat laporan polis berhubung tuduhan beliau bersubahat dengan pembangkang dalam usaha menjatuhkan kerajaan.

Timbalan menteri sumber manusia itu berkata, tuduhan jahat beliau terlibat “Langkah Dubai” sengaja direka untuk menimbulkan polemik dan mencetuskan kegelisahan rakyat.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/03/imej-makin-merudum-pemimpin-umno-gesa-rombak-j-kom/


No comments: