PM bukan Melayu?









Adakah LKS cuba cetuskan ketegangan?


1. TS LKS telah bercakap di London bersama pelajar dan rakyat Malaysia tentang impian Malaysia. 


2. Apa yang ingin ditekankan oleh LKS ialah Perlembagaan Persekutuan sama ada selepas merdeka atau selepas pembentukan Malaysia tidak mensyaratkan PM mesti datang dari orang Melayu. 


3. Ramai orang Melayu sendiri yang tidak membaca Perlembagaan Persekutuan menganggap PM mestilah dari kalangan orang Melayu. 


4. Kekeliruan ini mungkin timbul dari Perlembagaan negeri-negeri Melayu seperti Perlis,Kedah,Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Johor,Pahang,Terengganu dan Kelantan. 


5. Negeri-negeri ini meletakkan syarat supaya Menteri Besar MB mestilah seorang Melayu. 


6. Didalam politik, selain merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, kita juga wajib memahami 'Real politic'


7. Ahli Parlimen Melayu berjumlah 120 orang, lebih dari keperluan 112 untuk membentuk Kerajaan dengan majaroti mudah.


8. Jumlah penduduk Malaysia juga menyaksikan 70% adalah bumiputera dengan lebih 58% dari kalangan orang Melayu. 


9. Kadar kelahiran orang Melayu juga adalah tertinggi iaitu 2.1 orang.


10. Sebab itu bapa kemerdekaan dan bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman merasakan mengikat jawatan PM dengan Perlembagaan bukanlah satu keutamaan kerana beliau faham demografi Tanah Melayu dan Malaysia. 


11. Negeri-negeri Borneo juga tidak akan mengundi menyertai Malaysia jika awal-awal lagi Perlembagaan mensyaratkan jawatan PM mesti orang Melayu. Malah cadangan Wan Fhysal supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda agar hanya orang Melayu sahaja boleh menjadi PM ditolak mentah-mentah oleh wakil Sarawak.


12. Orang Melayu harus faham bahawa selain dari Perlembagaan membenarkan orang bukan Melayu menjadi PM, Perlembagaan yang sama juga menjamin,

Islam sebagai agama Persekutuan, 

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, 

Kuasa Raja-raja Melayu, 

Hak bumiputera dari segi kuota pendidikan,  lesen dan pekerjaan sektor awam.


13. Isu PM dari kalangan bukan Melayu ini, sebenarnya bukan satu isu pun, walaupun dibenarkan Perlembagaan,  hanya masa menentukan ia berlaku atau tidak.


14. Amerika Syarikat memerlukan 230 tahun untuk mendapat Presiden kulit hitam yang pertama. 


15. United Kingdom pula memerlukan lebih kurang 300 tahun untuk kaum pendatang menjadi PM pertama.


16. Tajuk ini sebenarnya lebih baik tidak diperkatakan. 66 tahun kemerdekaan Malaysia sebenarnya masih muda dibandingkan dengan US dan UK.


17. TS LKS kena faham, kenyataan beliau bukan sahaja menyukarkan kerajaan Perpaduan,  tetapi lebih lagi menyukarkan UMNO.


18. Walaupun kenyataan itu tiada salahnya dari segi undang-undang dan Perlembagaan,  tetapi dari segi politik banyak masalahnya.


19. Dalam politik, kita bukan sahaja perlu bercakap dan berjuang soal kebenaran,  tetapi juga perlu mengelakkan memberi peluru kepada musuh.


20. Apatah lagi jika peluru tersebut mampu meretakkan kerajaan kita.


Terima kasih. 


Muhammad Fairul Al Qasas 

#KerajaanPerpaduan 

#MalaysiaMadani




No comments: