PMX DAN DELIGASI MALAYSIA HADIR SIDANG AZEC

 










Saya dan delegasi Malaysia bersama pemimpin utama ASEAN dan Australia hari ini hadir ke Mesyuarat Pemimpin Asia bagi Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (Asia Zero Emission Community- AZEC) bersempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun. 


Sayugia, Malaysia menghargai peranan Jepun dalam menyediakan platform ini bagi perbincangan dan persediaan dalam melaksanakan peralihan tenaga.


Saya singgung kepentingan pemuliharaan dan pemugaran alam sekitar dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon sekali gus mampu mencapai Pelepasan Karbon Sifar menjelang 2050. 


Sementelahan, saya turut menekankan kebersamaan semua negara dalam memainkan peranan lebih aktif berkaitan kerjasama dana hijau, insentif, fasilitasi teknologi dan juga infrastruktur dalam membantu Malaysia mempercepatkan peralihan tenaga. 


Intiha, AZEC secara sebulat suara turut meluluskan Kenyataan Bersama AZEC (Leaders Joint Statement) sebagai afirmasi dan kesediaan Negara anggota melaksanakan peralihan tenaga secara tuntas.


#MalaysiaMADANI