RAKYAT TAK BODO NAK NILAI AKHBAR SINAR




 Sinar masih syok sendiri. Masih merasakan mereka neutral. Dan paling dahsyat, kononnya tuduhan tak neutral tu datang dari penyokong PH yang marah sebab Sinar neutral, tak condong kepada PH.


Rakyat tak buta dan tak bodoh sampai tak tahu nak menilai bagaimanakah yang dikatakan neutral dan bagaimana pula yang berpihak. Di ruangan komen, ramai yang hentam. (https://tinyurl.com/advunffa). Ramai tak bersetuju Sinar masih neutral.


Ini jawapan aku pada post tersebut. Bagi aku, yang paling jelas sifat bias Sinar bila berita PN yang tak berfaedah pun jadi headline. Manakala perkara baik yang dibuat oleh kerajaan, tak dilaporkan.


Rasanya wartawan Sinar dah ramai yang tinggalkan kewartawanan dan berubah jadi kolumnis. Mereka menulis ikut kecenderungan politik mereka, tanpa lagi mempedulikan kebenaran. Itu masalah Sinar.


Tak pasti kalau Sinar akan berubah selepas ini. Tapi mungkin tidak. Mungkin Sinar kena tukar wartawan mereka baru boleh mulakan kembali. Kalau tidak, Sinar akan kekal jadi Sinar Harakah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: