𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦 𝗕𝗨𝗗𝗚𝗘𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗫. 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗙𝗘𝗡𝗢𝗠𝗘𝗡𝗔 𝗜𝗡𝗜


1. Bila Hj Hadi mula bahas budget 2024 dengan sinis bacaan ayat Al-Quran PMX yg dikatakan 'Tidak lengkap umpama pakai kasut sebelah' dan MP PAS gelak beramai-ramai, Saya terus teringat akan Hadith Nabi SAW berkenaan Khawarij.


2. Saya cuba Husnu Zhon. 2 Hari saya pendam fikiran saya ni. "Argh.. tak mungkin Haji Hadi buat seperti amaran Nabi ni". Pujuk hati saya.


3. Hari ni saya buka pula perbahasan Hj Hadi untuk budget 2023 (Budget pertama PMX). Astaghfirullahal 'Azim. Rupanya sama.


4. Di akhir pebahasan, Hj Hadi kritik bacaan Ayat PMX berkenaan ucapan Nabi Yusuf dalam Al-Quran. Setelah dikritik beberapa perkara akhirnya dia ulas: "Jangan kita baca ayat Al-Quran sahaja, (tapi) tak kena pada tempatnya".


5. Saya faham, Haji Hadi sangat hebat dalam ilmu Al-Quran, saya sentiasa berdoa supaya dia dijauhi penyakit Khawarij dan diberi Husnul Khatimah.


6. Khawarj Abdurrahman Muljam pembunuh Saidina Ali bukan hanya hebat ilmu Al-Quran, malah penulis wahyu Rasulullah, guru Al-Quran zaman Sahabat. Semasa dihukum bunuh balas, mulutnya membaca Al-Quran.


𝟳. 𝗦𝗮𝗯𝗱𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗵𝗮𝗹 𝗞𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷: "𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗻𝗰𝘂𝗹 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝘂𝗺𝗮𝘁𝗸𝘂, 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻, 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮..." 𝗛𝗮𝗱𝗶𝘁𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺.


8. Saya bimbang setiap kali PMX membaca Al-Quran untuk jelaskan asas keputusannya, maka dikritik PAS seolah tafsiran mereka sebenarnya lebih tepat.


9. Ayat yang dibaca oleh PMX dalam budget sentiasa dibaca oleh Khatib Khutbah Jumaat. Rupanya sekian lama masyarakat Malaysia baca tak lengkap seperti 'pakai kasut sebelah'.


10. Ayatnya: "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi" (Surah al-Qasas, 28 : 77).


(Harap semua yang baca artikel ini jagalah komen dan doa yang baik2.)


Ahmad Mursi



No comments: