PEMNAMBAHBAIKAN ASET DAN KEMUDAHAN ANGGOTA.




 Hari ini saya diapit Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan sewaktu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Perpindahan dan Pembangunan Semula Kem Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT), Unit Army Red Warrior (ARW) Dan Kem 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (12KPTD) serta Pembangunan Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).


Saya dimaklumkan, perjanjian ini melibatkan perpindahan dan pembangunan semula aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Pusat Latihan bagi Kor Polis Tentera Diraja iaitu PULAPOT, Markas Tim Akrobatik Army Red Warrior (ARW) dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta kemudahan – kemudahan yang berkaitan.


Kompleks baharu, ditambah kebhinekaan kemudahan-kemudahan yang ada, pastinya membantu warga kerja pertahanan yang terdiri daripada anggota ATM, warga veteran ATM dan warga kerja awam di Kementerian Pertahanan untuk memiliki rumah yang selesa di Kuala Lumpur di bawah harga pasaran.


Pembangunan aset ATM dan pembangunan perumahan ini adalah selari dengan matlamat Kerajaan untuk menjaga kebajikan bertunjangkan Konsep Malaysia Madani yang mana bakal memberi faedah bukan sahaja kepada warga tentera tetapi turut meliputi ahli keluarga dan masyarakat sekitar kem.


Saya berharap ini bakal menjadi pemangkin agar ketumbukan badan pertahanan negara terus utuh dalam memastikan keselamatan rakyat berada pada tahap yang terbaik.


#MalaysiaMADANI



No comments: