GAMBAR GAMBAR MAJLIS ILMU SRI PERDANA SEMALAM.

 











Alhamdulillah, siri Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana, Putrajaya malam ini diteruskan dengan tausiah oleh  Tuan Guru Haji Abdullah Bin Abdul Rahman @ Tuan Guru Haji Abdul Rahim dari Pertubuhan Mujamma’ Ibnu Sunni Lit Talaqqi, Pendang, Kedah.


Tuan Guru Abdul Rahim antara lain menyentuh petikan hadis dari Riyadus Solihin mengenai gesaan dan kebaikan membantu pihak yang berada dalam kesulitan dan dikaitkan dengan konteks penderitaan rakyat Palestin. 


Majlis ini juga menerima tetamu istimewa iaitu para tuan guru dan mudir madrasah serta pondok dari Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor yang turut hadir bertukar pandangan dalam kesempatan ini.


Nasihat, teguran dan idea dari siri majlis seperti ini amat bermakna dalam memupuk lagi budaya ilmu serta meningkatkan lagi kefahaman agama.


Semoga siri perbincangan dan pertemuan dengan para ulama seperti ini diperluaskan dengan melibatkan rangkaian institusi pondok yang lain pada masa akan datang.


#MalaysiaMADANI



No comments: