Projek saliran terbengkalai antara punca kurang hasil padi



Tiada perancangan jelas untuk memastikan negara mencapai tahap sara diri beras (SSL) dan projek saliran sawah padi yang terbengkalai merupakan antara punca Malaysia kekal berada pada tahap 65% SSL sejak berpuluh tahun lalu.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau selepas ini tidak akan berkompromi dengan 'projek sakit' yang memberi masalah kepada negara 


Hal itu ditekankan beliau dalam lawatannya ke kawasan penanaman padi di Sungai Manik, Perak, semalam.


"Saya melawat sebuah projek saliran sawah padi yang sepatutnya sudah siap, akhirnya terbengkalai dan menyusahkan para pesawah. 


"Banyak lagi projek sakit sebegini yang telah merugikan jutaan wang rakyat. Akhirnya Kerajaan perlu mengeluarkan belanja untuk menyiapkan projek-projek sakit ini


"Saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal menyiapkan mana-mana projek di bawah KPKM seperti yang telah dijadualkan," katanya. 


Mohamad berkata, beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap semua projek sakit dan mahu laporan perkembangan projek diberikan pada setiap minggu sehingga selesai.


"Untuk projek sakit di Sungai Manik ini dan juga di tempat lain, saya telah mengarahkan laporan perkembangan pemulihan projek dilaporkan setiap minggu kepada saya dalam mesyuarat mingguan pasca kabinet," katanya lagi - suara keadilan



No comments: