PM ANWAR LAKUKAN LAWATAN KE FELDA CHEMOMOI

 











Saya hadir ke program anjuran Felda yakni Majlis Perasmian Karnival ‘Segalanya Felda’ di Felda Chemomoi bersama Menteri Besar Pahang serta Pengerusi Felda. 


Saya membentangkan hujah bahawa kerajaan negeri Pahang punyai dasar yang jelas terutamanya dalam menyediakan perumahan buat generasi kedua dan seterusnya. 


Saya juga sebut bahawa dahulunya Felda hanya dikemudi dan dikelola oleh hanya satu kementerian. Di bawah Kerajaan Perpaduan, duduk perkaranya berbeda di mana hak dan kebajikan Felda diberi tumpuan dan keutamaan oleh semua kementerian. 


Insya-Allah, saya dan pasukan di peringkat Persekutuan bersama dengan kerajaan negeri Pahang akan terus berada di depan mempertahan serta memberi tumpuan yang lebih kepada Felda. 


#MalaysiaMADANI



No comments: