BERTEMU DENGAN PENGERUSI MPBPP DAN PEMBANGGUNAN BUMIPUTERA PENANG

 



Petang tadi saya sempat mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan JKP Sdn Bhd, Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd, Encik Farizul Arif Abd Mutalib dan Pengarah Bahagian Penyelarasan Bumiputera Pulau Pinang, Dr Syaharuddin Shah Mohd Noor. 


Pertemuan ini adalah bagi membincangkan pendekatan pelaksanaan perancangan program-program melibatkan Bumiputera Pulau Pinang. 


Saya telah diberi taklimat tentang pelbagai program Bumiputera di bawah JKPSB dan sebahagian besarnya menarik perhatian saya. 


Insya-Allah beberapa isu yang akan memberi manfaat kepada Bumiputera Pulau Pinang akan kita perkemas dan perbaiki dan usaha yang berterusan ini sudah pastinya memerlukan sokongan daripada semua pihak yang terlibat.


#MalaysiaMADANI


No comments: