PM ANWAR IBRAHIM BERTEMU KEMENTERIAN KETERJAMINAN MAKANAN.

 






Saya telah mengadakan pertemuan dengan YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di pejabat saya bagi berbincang dan mendapatkan penyelesaian berhubung situasi beras negara.


Kerajaan Perpaduan prihatin akan isu semasa khususnya apabila rakyat ingin mendapatkan jaminan bekalan beras putih tempatan (BPT) dan harga beras putih import (BPI).


Kendatipun, saya amat peka dan mendengar segala keluh kesah yang dibangkitkan rakyat ekoran kenaikan harga BPI di pasaran ekoran kenaikan harga beras global. 


Fenomena kenaikan harga beras ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah turut melibatkan negara serantau susulan tindakan 19 buah negara yang telah menghadkan eksport beras untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri. 


Saya beri jaminan Kerajaan tidak berpeluk tubuh, sebaliknya akan bergerak dengan segenap akal, bertiwikrama untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras global ini.


Ini termasuklah menerusi beberapa langkah intervensi yang diumumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini bagi meredakan kebimbangan rakyat berhubung kenaikan harga BPI dan peningkatan permintaan terhadap BPT di pasaran. 


Diharap langkah ini akan dapat membantu meringankan beban yang dihadapi. Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



No comments: