LOGIK KAH HARGA BERAS KEKAL ?




Jamzuri Ardani.


 Kos pengeluaran padi tempatan secara purata ialah RM2,800 per tan (termasuk kos yang ditanggung subsidi kerajaan). 


Sekarang pesawah jual pada pengilang sekitar RM1,700 ke RM1,800 per tan. 


(Ye ... kos RM2,800, jual RM1,800.  Hanya di Malaysia 😢😢). 


Pengilang kena jual beras dengan harga tidak melebihi RM2.60 sekilo atau RM26 untuk kampit 10 kg. 


Penjual juga tidak boleh jual melebihi harga yang telah ditetapkan itu. 


Sapa nak tanggung kos logistik?  Sapa nak tanggung pelbagai kos lain dalam rantaian bekalan beras tempatan dari pengilang kepada pengguna? 


Secara logiknya, harga beras tempatan ni memang tak logik untuk dikekalkan dengan harga sekarang. 


Ini masalah legasi polisi pentadbiran kerajaan sekian lama.  Polisi yang membunuh industri padi. Polisi yang memastikan petani kekal miskin.  Polisi yang bercanggah dengan usaha menjamin bekalan makanan. 


Saya tidak fikir isu kekurangan beras tempatan boleh diatasi selagi kita kekal dengan polisi ini.



No comments: