PM ANWAR IBRAHIM MELANCARKAN MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA

 









Hari ini saya telah merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2023 yang pada tahun ini diadakan di Bertam, Pulau Pinang tatkala diapit oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda. 


Setelah 45 tahun penubuhannya, PNB telah berjaya mengumpul dan mengembangkan aset di bawah pengurusannya kepada lebih RM341 bilion. Sehingga Disember 2022, PNB telah membayar dividen kumulatif berjumlah RM235.8 bilion kepada para pemegang unitnya.


Bagi menggalakkan budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia, di bawah inisiatif tambahan Belanjawan 2023, saya telah mengumumkan peningkatan had pelaburan individu untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dari RM200,000 dinaikkan kepada RM300,000.  Saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) pula ditingkatkan sebanyak RM5 bilion. 


Di dalam ucapan, saya singgung agar penduduk Pulau Pinang dan sekitarnya mengambil manfaat daripada program-program pendidikan pelaburan yang disediakan oleh MSAM. Usaha ini perlu dipanjangkan kepada kempen pengajaran pendidikan serta pengetahuan kewangan kepada guru-guru di sekolah untuk dipupuk budaya menabung dan melabur dikalangan pelajar.


Saya juga tegaskan supaya pengurusan syarikat-syairkat berkaitan kerajaan perlu ingat kepada matlamat asal penubuhan dan cekap melaksanakan tugas masing-masing. Ini penting kerana dana berbilion ringgit yang diuruskan adalah amanah daripada rakyat dan Kerajaan.


#MalaysiaMADANI



No comments: