Che Ibrahim
Qazaf adalah salah satu dari kesalahan hudud. Kesalahan ini disebut dengan jelas dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (2015) Kelantan dan juga dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002.
Apabila tuduhan qazaf sudah dinormalisasi, semua pihak di semua peringkat dengan berani melemparkan tuduhan qazaf secara terbuka dan berulang ulang, setiap percakapan diselangi dengan sindiran, ejekan atau seumpamanya berkaitan liwat seolah olah ianya sudah menjadi satu amalan terbuka seperti kaum Lut....
Di ketika itu ambo terasa di mana hudud? di mana perjuangan hudud kerana puak yang sama yang menjuarai tuduhan liwat adalah puak yang dikatakan nak melaksanakan hukum hudud???..
Maknanya Allah telah menguji perjuangan hudud dengan memunculkan pesalah pesalah hudud dari kalangan kamu sendiri, mereka yang ada disekeliling kamu setiap hari melakukan kesalahan hudud di depan kamu, tapi kamu tidak berbuat apa apa, mulut kamu kelu untuk menegur, apalagi menghukum, maka sahlah perjuangan hudud kamu hanya satu pembohongan!!!!