[penipuan] PRESIDEN LEBAI BERBOHONG ELAK DISIASAT ATAU BETULKAH PRESIDEN...




Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dipersoal adakah beliau menipu pihak berkuasa tentang status kesihatannya hanya kerana mahu mengelak dari disiasat pihak polis. Ini selepas beliau pada semalam telah mengadakan kunjungan ke kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tiga lagi menteri besar Pas dan Setiausaha Agung mereka. Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, tindakan Abdul Hadi itu dilihat seolah cubaan memperbodohkan pihak berkuasa. “Adakah Abdul Hadi menipu pihak polis bagi mengelak dari disiasat? Tindakan Hadi jelas dilihat seolah cubaan memperbodohkan pihak berkuasa. “Sampai bila Abdul Hadi boleh terus menipu untuk mengelak dari disiasat pihak polis seolah beliau akan mati esok hari. “Saya berharap pihak polis tidak lagi tertipu dengan taktik lapuk Hadi bagi mengelak diaiasat pihak berkuasa kerana dalam ucapan beliau jelas mempertikai keputusan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan dilihat seolah menentang keputusan institusi Diraja,” katanya dalam satu kenyataan.




No comments: