PM janji projek naik taraf HSA RM500 juta dimulakan tahun ini


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melawatkesesakan diHospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru

pagi tadi berjanji untuk menyegerakan projek naik taraf

hospital berkenaan.Menurut beliau, kesesakan di ruang HSA

sudah tidak tertanggung dengan jumlah pesakit yang terlalu

banyak.

 

"Selepas menghadap Tuanku Sultan Johor saya melawat

hospital ini kerana terdapat laporan dari Menteri Kesihatan

Dr Zaliha berlaku kesesakan yang berbangkit selama

puluhan tahun.

 

"Jadi beliau bangkitkan kepada Jemaah Menteri, bersama Kementerian Ekonomi, Kewangan dan kita luluskan baru baruini (projek) parking bertingkat

 

"Untuk hospital ini (bangunan tambahan) sahaja bagi fasa pertama diperuntukkan setengah bilion ringgit," katanya ]

kepada pemberita.

PM dalam pada itu mahu projek naik taraf tersebut dimulakan

pada tahun ini juga terutama beberapa bangunan tambahan hospital yang dirancang.

"Rencana sekarang untuk membangunkan beberapa

bangunan supaya dapat memenuhi keperluan. Kalau saya

lihat tadi kesesakan itu tidak boleh ditahan lagi

 

"Perlu ada fast track tender tetapi kita bersetuju mulakan tahun ini. Saya telah menghubungi Kementerian

Kewangan danEkonomi," katanya lagi.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Dr Zaliha; Menteri Besar

Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Timbalan Menteri Pelaburan,

Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

 

No comments: