[fitnah] NGO ‘ISLAM’ SEBAR FITNAH TAK BERASAS! PRN SUDAH HABIS KENAPA MA...



Aktivis media sosial pusat media Pakatan Harapan (PH) hari ini membuat laporan polis susulan tular video mendakwa Majlis Agama Islam Selangor menutup 200 buah sekolah agama di negeri itu. Menerusi video yang tular, seorang NGO mendakwa MAIS memberi surat amaran kepada 200 buah sekolah agama dan menghalau mereka keluar dari premis perniagaan. Menurutnya, dakwaan dibuat Pengerusi Sekretariat NGO Islam Selangor, Datuk Nazilah Idris, jelas merupakan satu fitnah yang mencemar imej Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. “Dakwaan ini jelas fitnah apabila ia langsung tidak dibukti dengan apa-apa arahan sama ada dari pihak JAIS dan MAIS. “Dakwaan ini secara tidak langsung mencemar imej Sultan Selangor sebagai Ketua Urusan Agama yang mana tiada satu pun titah daripada Tuanku untuk menutup mana-mana sekolah agama di Selangor. “Laporan ini dibuat agar satu siasatan segera dapat dilakukan mengikut Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998,” menurut laporan itu.



No comments: