Titah Tuanku berkenaan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor telah 𝐝𝐢𝐟𝐢𝐭𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐟𝐬𝐢𝐫 sesetengah pihak sebagai cubaan untuk menghentikan usaha dakwah dan langkah menutup institusi berkenaan
Kerajaan Negeri Selangor juga turut menafikan tuduhan berniat jahat terhadap Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, dituduh sebagai dalang yg dalam hal ini
Sultan Sharafuddin Idris Shah yang gusar terhadap peningkatan kejadian malang terutama selepas tragedi kebakaran melanda sebuah sekolah agama persendirian yang meragut 23 nyawa dan mencederakan lima murid pada tahun 2018 yang lalu
Tuanku menitahkan sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan JAIS dan tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya
Dalam perkembangan lain, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negeri ini untuk menghormati antara satu sama lain dan tidak membesarkan perkara yang menyentuh sensitiviti sesuatu agama, kaum, bangsa atau keturunan yang boleh menggugat keharmonian.
“Gunakanlah kemajuan teknologi yang ada sekarang ini untuk perkara yang positif dan boleh menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan bukannya untuk menyebarkan fitnah dan berita palsu serta menghina seseorang yang boleh menyebabkan perpecahan masyarakat,” titah baginda.