CORETAN ISU IMIGRESEN

 

Gino Marvela.


Macam mana nak menulis, maklumat & isu pun tak faham...habih bercelaru semua yg membaca ekoran isu rasuah di imigresen, kaitan menteri pelancongan dan dua wanita dari China.


Tadi kami risik sikit apa yg sebenarnya berlaku. 


Isunya, mmg ada berlaku rasuah di sempadan udara kita. Dua org warga China tu, salah soqang darinya adalah pihak media China dan terkait dgn kerja di kedutaannya. Bising2 di KLIA, minta duit rasuah...seorang darinya (media) telefon pihak kedutaan. 


Menteri Pelancongan Malaysia kerap berhubung dgn kedutaan asing bg mempromosi sektor pelancongan kita ke dunia luar. China adalah salah satu negara inisiatif tarikan pelancong asing ke Malaysia. 


Pihak kedutaan hubungi Tiong King Sing, menteri pelancongan. Di fikiran mereka (kedutaan), setiap menteri adalah sebagai representatif bagi kerajaan pusat. Menteri datang, maka berlakulah riuh rendah yg mana kalian dh ketahui.


Jadi, bila terkait kpd pihak kedutaan & China, Malaysia mmg perlu ambil beberapa langkah ikut perundangan sedia ada. 


Anwar turun ke KLIA lihat apa yg berlaku. Siasatan SPRM itu memanggil menteri & 2 warga China. Mmg berlaku adanya rasuah di persempadanan, kita ambil tindakan...Anwar redakan isu ini antara 2 negara dlm mengelakkan sebarang konflik, dan wanita china tersebut ikut prosedur perundangan sedia ada. 


Ibarat tarik rambut dari tepung. Itulah yg Malaysia buat. Lepas nih, apa urusan seterusnya nak di buat ? 


Kita dh hantar pulang, kes rasuah mmg berlaku dan yg ada hanyalah urusan bidangkuasa SPRM. 


Kami dh banyak kali dedahkan rasuah persempadanan ini sewaktu Najib - Mahathir - Muhyiddin - Mael Sabri. Tapi apa yg depa buat ? Isu seperti pemutihan pendatang asing, JPN & Imigresen banyak kali di dedah. Walau kami sendiri mengetahui maklumat, tp nak bawa pembuktian tu tak cukup. Yg ada amanah, PDRM & SPRM. 


Hari ini kes di KLIA dh terbungkam di depan mata. Baru2 ini Anwar sebut dari banyak scanner, hanya 1 scanner yg berfungsi. PM berucap depan kakitangan kerajaan, imigresen depan mata. Jadi, panaslah pungkok masing2. 


Ok, itu sedikit rentetan isu. Yg jadi masalahnya, ahli politik yg terkait jenayah janawibawa pula dok putar papan politik suruh siasat menteri pelancongan hingga pengikutnya pun termakan hasutan permainan.


Aduhhh...luar biasa politik ya pak. 😆


Dah la ramai yg pening tak faham isu...lagi di pusingnya. Penyokong politik pula, dok kitar & kitar isu sedangkan hal ini telah pun dlm siasatan & pendakwaan di mana seterusnya urusan peguam negara & pendakwaan di mahkamah. 


Ok, cukup dak maklumat ? 😅

Maaf, ada rahsia sensitif yg mmg tak buleh nak habaq. Cukup agar kalian faham rentetan tersebut.



No comments: