KERAJAAN MELAYU ISLAM



Ada yang kata kena tolak Kerajaan Perpaduan sekarang. Kerana kata mereka Kerajaan ini bukan Kerajaan Melayu Islam. 


Pening kita dengar. 


Tak cukup Melayu dan tak cukup Islam ke Kerajaan ini lagi bilamana… 


1. Kesemua 5 Parti Komponen: PH, BN, GPS, GRS dan Warisan: Presidennya semua orang Islam.


2. PM dan TPM2 nya Melayu Islam, majoriti ahli Kabinetnya Melayu Islam. 17 Menteri Melayu Islam berbanding Menteri Cina DAP hanya 3 orang. 


3. DAP hanya ada 40 orang MP berbanding 108 MP yang lain. 


4. Berbanding dulu zaman PH 1.0, ada 42 Ahli Parlimen DAP dan 6 orang Menteri. Masa tu mereka bangga Kerajaan Malaysia Baru berbilang bangsa. La ni nak jadi terpaling Melayu Islam pula 🤦🏻‍♀️


5. 60 tahun Malaysia diperintah oleh Kerajaan Berbilang Bangsa: dari Perikatan ke Barisan Nasional. Sampai boleh dapat 2/3. Sekarang mereka nak gostan ke belakang. Malaysia ini hanya layak diperintah oleh semuanya Melayu Islam ka? 


*********************


TBH, saya ok dengan komposisi kaum dalam Kerajaan Perpaduan. 


Ya, ia Kerajaan berbilang bangsa tapi tetap dipimpin majoritinya Melayu Islam. Sesuai dengan komposisi kaum di Malaysia. Bilamana Melayu penduduk majoriti. 53% kesemuanya. 


Setakat ini isu kaum dan agama cukup minimal. Tiada lagi desakan nak ICERD, atau nak push Malaysia Malaysian. Anthony Loke siap cakap dia akan pertahankan Perlembagaan. Boleh dilihat juga dengan tindakan. 


Yang nak menjatuhkan ini, banyak gila kuasa. Bila takde modal lain, mereka akan tunjuk mereka terpaling Melayu dan terpaling Islam pula. 


Buat lah kerja, semak dan imbang. Bukan semak dan tumbang. 


Lagi 5 tahun cuba lagi, mana tahu rezeki anda menanti. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: