FAHMI REZA PELUKIS SATIRA TANPA FAHAMAN POLITIK






Ada yang tanya tentang Fahmi Reza. Sejujurnya aku tak ambil peduli pun. Aku tak follow tapi ada masa postingnya menyinggah juga di newsfeed aku.

Ada yang kata karya terakhirnya punyai unsur lucah. Tapi dia orang seni. Dalam seni tiada istilah lucah. Bagi mereka seni tak mempunya sempadan.

Lukisan Fahmi Reza memang tentang politik. Tapi yang aku lihat, dia bukan orang yang berpegang kepada satu-satu kefahaman. Karyanya tak terikat.

Ada kala dia kutuk PH. Ada kala dia kutuk PN. Ada kalanya Mahathir jadi bahan. Senang cerita, Fahmi Reza tidak ada kecenderungan politik yang jelas.

Bagi aku lukisan Fahmi Reza lebih kepada pendapat popular. Berdasarkan isu semasa, bukan pendapat peribadinya terhadap isu tersebut hasil kajian atau pemahaman yang mendalam.

Contohnya, kalau pendapat popular dan isu semasa mengutuk Sanusi, maka lukisannya nanti berbentuk apa yang orang kata tentang Sanusi. Dia jelmakan pendapat popular dalam bentuk lukisan.

Terbaharu karikatur Rafizi sedang meluncur jatuh bersama graf ekonomi hingga tertanggal seluarnya. Bukannya realiti tapi itu isu yang sedang dimainkan.

Aku tak pasti kalau dia turut berpendapat sebegitu tapi yang aku pasti, itu isu yang dia dengar. Itulah pendapat yang popular yang bermain di telinganya.

Orang seperti Fahmi Reza ni, tak perlu ambil hati sangat. Dia tak akan ambil pusing dengan kritikan. Baginya, dia cuma mahu jujur dalam berkarya.

Kalau kita marahkan Fahmi Reza, tengok-tengok dia keluarkan lukisan mengutuk PN. Lepas tu kita pula gunakan lukisannya. Akhirnya kita yang jadi lawak.

Seeloknya diabaikan saja. Tak perlu beri perhatian. Mulutnya takkan dapat disumbat, tangannya takkan dapat diikat. Dia akan terus buat apa yang dia yakin betul.

Seperkara lagi tentang Fahmi Reza ni, rasanya dia seronok dikecam atau dikritik. Itu bagaikan tonik baginya. Lagi dikecam, lagi aktif dia berkarya.

Seeloknya kita lihat lukisan Fahmi Reza ni sebagai indikasi isu semasa. Contohnya lukisannya tentang Rafizi. Mungkin itu pandangan sebahagian rakyat.

Yang perlu dibuat adalah berikan penerangan yang jelas mengenai kedaan sebenar. Jelaskan bahawa pendapat dalam gambar itu sebenarnya tak tepat.

Itu lebih penting dari mengecam Fahmi Reza hingga kelihatan tak demokratik. Lukisan Fahmi Reza boleh jadi gambaran salah faham rakyat terhadap. Jadi tugas pemimpin untuk perbetulkan. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

No comments: