KALI NI LEBAI TAK BOLEH DAH NAK KUTUK BAB NEPOTISME- KALAU TOLONG BAPAK DAN MERTUA DI PEJABAT OK DAK ?



Ini berita yang mungkin lebai dan walaun tunggu. Nurul Izzah bukan lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM. Lebai ready nak bersorak ke tu? Konon mereka berjaya tekan Nurul Izzah sampai lepaskan jawatan tersebut.

Tapi nanti dulu. Sebenarnya Izzah lepaskan jawatan penasihat kerana beliau dijemput oleh Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang diketuai Tan Sri Hassan Marican untuk bersama sekretariat yang dibentuk bagi menyokong operasi jawatankuasa itu. Baca di: https://bit.ly/3xf0nwD.

Ini juga bermaksud kebolehan dan kepakaran Nurul Izzah diiktiraf oleh seorang tokoh korporat hebat seperti TS Hassan. Bukan calang-calang. Takkan TS Hassan nak jemput orang sebarangan yang boleh menggangu operasi jawatankuasa tersebut.

Untung Nurul Izzah. Dapat menimba pengalaman dari TS Hassan dan barisan penasihat yang lain seperti Profesor Ulung Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah dan Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng.

Semoga ini akan meningkatkan kemahiran Nurul Izzah dalam bidang ekonomi serta melengkapkan lagi profile beliau sebagai persediaan menjadi PM Wanita pertama Malaysia. InsyaAllah. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: