LAMA DAH DIA MENGHILANG AKIBAT KENA KUTUK DULU- GAMAKNYA LEPAS KENA CUCUK VAKSIN RAMAI JADI CAM GINI-ENTAH ENTAH TAK PERNAH PERGI MARKET. TU DIA TAK TAU REGA BARANG-NI HARAP BINI JA NI....




Lidah PAS, Harakah 2.0 atau nama sebenarnya Sinar Harian hari ini menyiarkan komentar Roslan SMS tentang pemansuhan pelekat cukai kereta. Kata Roslan, masalah rakyat lebih penting daripada cukai jalan.

Zaman YahooGroups dulu, Roslan SMS ni kiranya antara mentor aku la. Selalu aku baca tulisannya dan jadikan rujukan dalam menulis. Masa tu aku baru 20an.

Tapi entah mengapa, lepas saja Langkah Sheraton, ramai yang hilang kecerdikan mereka. Termasuklah Roslan SMS ni juga. Mungkin semua telah dimakan sumpah akibat khianat mandat rakyat dahulu.

Berbalik soal isu yang dibangkitkan. Pertama sekali, kenapa dari lebai sampai ke walaun masih ulang ayat yang sama. Soal harga telur. Sedangkan rakyat boleh nampak betapa bekalan telur sekarang sudah pulih dan harganya sangat munasabah.

Memang tak dapat semurah tahun 90an dulu tapi jauh lebih murah berbanding ketika PN ada dalam kerajaan dulu. Rasanya hampir separuh juga dari harga zaman PN. Dia gagal uruskan dulu, sekarang ni orang lain berjaya, dia enggan akui.

Bukan setakat telur, ayam dan minyak masak pun dah turun harga. Minyak masak sekarang separuh dari harga zaman PN dulu. Harga sayur baru naik, pun menteri dan gerakkan agensi. Kalau masa PN dulu, hanya berdalih dan suruh rakyat bersabar.

Kedua, kerajaan memang cakna dengan isu kos sara hidup ni. PM kita, YAB DS Anwar Ibrahim dari hari pertama dilantik lagi dah sebut. Dan memang nampak ada usaha dari kerajaan nak bantu rakyat. Berbeza dengan masa Mahiaddin dulu. Sibuk nak berpolitik sahaja.

Ketiga, pelekat cukai jalan dengan kos sara hidup tak bersangkutan pun walaupun memang terdapat rungutan soal kualiti pelekat tersebut. Dan dua hal ini pun diuruskan oleh dua kementerian berbeza.

Masalah kos sara hidup diuruskan oleh MAFS dan KPDN. Pelekat cukai jalan diuruskan oleh MOT. Takkanlah sebab kos sara hidup tinggi, maka idea yang baik dalam kementerian lain kerajaan tak perlu laksanakan? Kan tak cerdik begitu.

Contohnya, kita keluar nak beli ikan. Masa dalam perjalanan, nampak ada orang jual durian harga murah. Kita cukup duit. Ruang dalam bonet pun ada. Takkan nak lepaskan beli durian yang murah tu sebab belum beli ikan? Kan itu satu kerugian!

Lagipun nak mansuhkan pelekat cukai jalan ni pun bukan sampai kerajaan kena mesyuarat sampai 17 hari 17 malam, atau terpaksa pergi London macam Mahiaddin jumpa RPK tempohari. Tidak. Boleh kata tak perlukan effort langsung pun sebab sistem dah sedia ada.

JPJ dah lama gunakan peranti yang boleh periksa tarikh luput cukai jalan kenderaan. Jadi tak perlu nak tambah apa pun. Cuma sebelum ni tiada orang yang ada kesungguhan nak laksanakan apa yang menteri laksanakan. Itu je pun.

Jelaslah puak PN ni memang tak ada idea langsung nak membangkang. Segala benda dia cuba jadikan isu walaupun benda tu boleh menjerat leher sendiri. Sesuailah netizen gelar puak ni Pertikaian Nasional. Sebab tahunya cuma nak pertikai saja.

Tapi itulah hakikatnya. Dalam PN tak ada seorang pemimpin pun yang berwibawa untuk bawa suara rakyat. Mereka cuma perjuang kepentingan sendiri. Sebab itu mereka tak faham aspirasi rakyat. Syukur mereka tak jadi kerajaan. Guane boh?

Raja Gelap