PEJUANG ditubuhkan Dr
Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri, pada Ogos 2020 sebelum beliau meletak
jawatan sebagai Pengerusinya pada Disember tahun lalu.
Sebelum ini,
perwakilan PEJUANG mengumumkan tarik diri daripada GTA, pada mesyuarat agung
kedua parti itu, 14 Januari lalu.
Presidennya, Datuk
Seri Mukhriz Mahathir dipetik berkata, keputusan itu juga membolehkan PEJUANG
mempunyai sedikit masa untuk mengukuhkan parti dalam banyak perkara, sebelum ia
benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada mana-mana parti dalam gabungan
berkenaan.
Pada Pilihan Raya
Umum Ke-15 (PRU15), GTA yang bertanding menggunakan logo PEJUANG, gagal meraih
sebarang kemenangan meskipun meletakkan calon di 125 kerusi.
Dr Mahathir sendiri
kalah teruk dengan majoriti 13,518 undi di kerusi Parlimen Langkawi, malah
bekas Perdana Menteri itu juga hilang wang deposit apabila sekadar meraih 4,566
undi