Ini berita yang mungkin lebai dan walaun tunggu. Nurul Izzah
bukan lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM. Lebai ready nak bersorak ke
tu? Konon mereka berjaya tekan Nurul Izzah sampai lepaskan jawatan tersebut.
Tapi nanti dulu. Sebenarnya Izzah lepaskan jawatan penasihat
kerana beliau dijemput oleh Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan
yang diketuai Tan Sri Hassan Marican untuk bersama sekretariat yang dibentuk
bagi menyokong operasi jawatankuasa itu. Baca di: https://bit.ly/3xf0nwD.
Ini juga bermaksud kebolehan dan kepakaran Nurul Izzah diiktiraf
oleh seorang tokoh korporat hebat seperti TS Hassan. Bukan calang-calang.
Takkan TS Hassan nak jemput orang sebarangan yang boleh menggangu operasi
jawatankuasa tersebut.
Untung Nurul Izzah. Dapat menimba pengalaman dari TS Hassan dan
barisan penasihat yang lain seperti Profesor Ulung Ekonomi Universiti Malaya,
Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah dan Profesor Ekonomi di Sunway University
Business School, Dr Yeah Kim Leng.
Semoga ini akan meningkatkan kemahiran Nurul Izzah dalam bidang
ekonomi serta melengkapkan lagi profile beliau sebagai persediaan menjadi PM
Wanita pertama Malaysia. InsyaAllah. Guane boh?