SAMAN PEMULA
1. Kita dapat berita semalam. MP Klang buat saman pemula
terhadap PM. Mencabar nasihat PM kepada YDPA untuk bubar Parlimen.
2. Beliau kata sebagai MP Klang, kawasan yang paling terjejas
teruk ketika banjir tahun lepas, beliau nak tahu rasional diadakan PRU masa
musim tengkujuh. Kalau bahasa latin cakap, dia ada “locus standi”. Maknanya,
dia ada hak nak bersuara. Kena korumnya.
3. Ada orang tanya saya, apa itu Saman Pemula? Dalam omputih
kita panggil “Originating Summon”.
4. Pagi ni kita tuisyen sikit. Saman di mahkamah ni ada dua
jenis, satu “Saman Pemula”, satu lagi “Writ Saman”.
5. Kalau saman itu melibatkan isu undang2, macam nak persoal
kuasa Perdana Menteri, dokumen yang lawyer guna ialah “Saman Pemula”.
6. Kalau saman itu melibatkan isu gaduh2 kerana fakta yang ada,
macam ada retis nak saman orang yang dedahkan muka anak dia, tu kena pakai
“Writ Saman”.
7. Makanya, sebab kes ni nak cabar nasihat PM kepada Agong, yang
isunya di bawah Perlembagaan, jadinya dokumen yang terpakai ialah Saman Pemula.
Simple je kan? Ok next.
8. Alasan yang digunakan untuk cabar nasihat PM:
I. Hanya 17% Ahli Parlimen (MP) daripada 222 MP yang ada
bersetuju PRU dibuat.
II. PM tak ikut saranan Jemaah Menteri. Sebab geng PPBM dan PAS
tak setuju untuk PRU.
9. Dia guna Perkara 40 (1) Perlembagaan. Katanya Agong kena
dengar nasihat Jemaah Menteri bukan hanya Perdana Menteri seorang. Itu yang
disyaratkan dalam peruntukan tersebut.
10. Ia juga menyatakan, dia bukan persoal kuasa YDPA untuk bubar
Parlimen. Kena ingat YDPA punya budi bicara mutlak untuk bubar atau menolak
pembubaran Parlimen. Cuma yang dipersoal prosedur nasihat kepada Agong nak
membubar itu.
11. Kes ni akan didengar oleh Hakim pada 20 Oktober ini.
12. Dari segi undang2, kes ini menarik untuk kita tahu
keputusannya. Sebab selama ni secara tradisinya, hanya PM sendiri tentukan bila
nak bubar dan PRU.
13. Dari segi politik, saya katakan tindakan ini akan menjerat.
Tambah nanti kalau Pulau Pinang atau Negeri Sembilan u-turn nak buat PRN
sekali.
14. Pada saya, ini juga akan membantutkan momentum PRU. Kerana
hakikatnya sebilangan Rakyat dah mula terima dan masuk gear 2-3 dah ni. Ada
yang dah mula cakap tak sabar nak mengundi.
Salam hormat,
Liyana Marzuki