Angkatan Muda Harapan telah membuat satu laporan Polis di IPD Shah Alam Selangor terhadap portal Harakah Daily berkenaan satu laporan berita bertajuk "Pakatan Harapan: Rejim Yang Bakal Hancurkan Melayu-Islam" yg telah disiarkan pada 12hb Oktober 2022.
Laporan
polis telah dibuat oleh Sdr Abbas Azmi Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdr
Raja Ahmad Iskandar SU Publisiti DAPSY Kuala Lumpur, Izuan Kasim KETUA AMK
Selangor dan Shafiq MUDA Bangi anjuran Biro Mobilisasi Rakyat PemuPemda AMANAH
Nasional.
Kenyataan
Media
Kebiadapan
Artikel di HarakahDail: Pakatan Harapan Rejim Yang Akan Menghancurkan MELAYU5
Islam?
Pemuda
Parti AMANAH Negara bersama rakan komponen Pakatan Harapan menzahirkan rasa
kesal diatas terbitan artikel yang disiarkan oleh portal HarakahDaily diatas
tajuk Pakatan Harapan Rejim Yang Akan Menghancurkan Melayu - Islam.
Artikel
ini ditulis oleh seorang manusia yang bernama Zurk Ahmad yang ditulis pada 12
Oktober 2022.
Tulisan
Fitnah ini dilihat sebagai strategi pihak tertentu sempena menjelangnya
pilihanraya Umum ke 15. Ketakutan melampau penulis dan Mungkin PAS sehingga
memaksa mereka menerbitkan tulisan fitnah sebegini.
Pakatan
Harapan sangat menjunjung perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama
rasmi dan hak orang Melayu dan bangsa dan agama lain yang ada di Malaysia.
Justeru
satu laporan polis telah dibuat bagi menghentikan tulisan Fitnah sebegini dan
memohon satu tindakan undang undang kepada penulis dan penerbit artikel ini.
Sesungguhnya Dosa Fitnah
ini Jebih besar dari dosa membunuh dan Islam tidak mengajar akhlak sebegini.